lolipop..story from lolipop!!

lolipop..story from lolipop!!
manis2 sajaaa!!!

Tuesday, 24 May 2011

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama kawan di sekeliling kite

kalau x berselisih faham , terkecil hati , tdk mudah faham satu sama lain , tdk blh menerima sikap diri masing-masing antara kawan2 sekeliling adalah lumrah ...

sikap berterusterang dan ketegasan dalam mlontarkan kata kadang2 dsalah erti org disekeliling , bukan mudah hendak memahami diri org lain , diri sendiri pun blm tentu cukup aku fahami .Soal hati sukar di fahami , kadangkala cepat terasa dgn kata2 org lain itu normal , maka aku rasai tdk salah andai aku dan dia merasai sebegitu . Aku percaya ada hikmah perkara ini terjadi , bermasam muka bukan penyelesaian , tdk semua org sempurna, setiap manusia masih mncari kesempurnaan dalam khidupan . 

Aku petik dari kata-kata indah



Sesungguhnya kebaikan itu memancarkan cahaya pada wajah seseorang, dan cahaya pada hati, keluasan dalam rezeki, kekuatan pada badan, kecintaan di tengah makhluk. Dan keburukan akan mengakibatkan kehitaman pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan dan kekurangan rezeki, serta kebencian di dalam hati para makhluk Allah.”(Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhu

 jangan pernah rasa dendam & amarah , seharusnya pancarlah kebaikkan dalam perhubungan persahabatan dan persaudaraan tambahan pula kita sesama muslim , aku merasai syukur kerana rasa gundah dan sengketa telah terlerai  , aku berharap ini semua mnjadi pengajaran agar ia tdk berulang , kehidupan bermasyarakat itu penting..hablul minannas...


aku petik dari :
Posted by: peribadirasulullah | Ogos 15, 2009

Adab Persaudaraan Dalam Islam

Persaudaraan Islam
Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.
Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.
1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar al-Khattab r. a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s. a. w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s. a. w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).
3. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda Rasulullah s. a. w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”
4. Bermanis muka apabila bertemu
“Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.
5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.”
6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r. a, Rasulullah s. a. w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment