Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan.  Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya  iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan  rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di  sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang  bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga  dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang  bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan  keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya  (puasa) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya segala  dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda  yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang  sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada  Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan  kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya  melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan  perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu  perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun  syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan  meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka  engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian  engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau,  manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah  berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan  anak Adam (melainkan puasa) baginya  maka ia untukKu dan Aku akan  membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada  pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu dengan  isterinya) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia  dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi  Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut  orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau  kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia  bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu  berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)          
MARI KITE RENUNGKAN:
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan 
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum  memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut":
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
AH LAN WASAH LAN YA RAMADHAN, MARI KITA LAKUKAN AMALAN YANG BAIK DAN MEREBUT PELUANG MEMPEROLEHI SERIBU KEBERKATAN DI BULAN YG MULIA INI
 KINAHLOLIPOP@BUNGA MATAHARI KIUT